Saturday, April 23, 2011

KEDONDONG MUDA

Macam orang mengidam pula, makan kedondong muda dengan sos kuah rojak.  Tapi begitulah berseleranya seisi keluarga pagi ini.



Buah kedondong ini di bawa balik oleh anak buah dari kampung suaminya.  Buahnya kecil dan agak rangup.  Rasanya pun tidak masam.  Memang rasanya amat sedap.

Sunday, April 10, 2011

MAKAN MEE GORENG HANCUR

Tengahari ini anak perempuan saya yang tua masuk dapur.  Katanya, makan tengahari tanggung-beres.  Dia masak seorang diri saja.


Inilah hasil air tangannya.  Dia membuat mee goreng.  Oleh kerana telalu banyak kacau, hancur jadinya.

Walaubagaimanapun rasanya sedap.  Sekejap saja habis selesai.

Wednesday, March 30, 2011

IKAN BAWAL MASAK SOS PEDAS

Sesetengah orang memang berkebolehan bercerita pasal apa saja bila-bila masa.  Ada itu mengada-adakan cerita, ada memang berbicara pelbagai topik dan isu yang ada mesej tertentu.  Saya pula bila ada mood agaknya!

Dah lama tak upate blog.  Jadi hari ini hiasi dengan ikan bawal masak sos pedas.  Ini lauk menu semalam sebenarnya.


Anak bongsu yang minta buatkan.  Katanya dah lama tak masak ikan bawal sos pedas ini.  Jadi dah kempunan pula nak makan.

Tuesday, March 15, 2011

KEK BATIK MAKAN PETANG SEMALAM

Agak lama tak buat kek batik.  Hari ini semua anak-beranak ada di rumah.  Sibongsu  pula menyebut pasal lama tak makan kek batik.  Si Mak ni bersetuju jugalah.

KEK/PUDING BATIK

Sebenarnya masakan ini lebih merupakan puding.  Ia menggunakan teknik memasak atas api dan kacau-kacau saja.  Tapi anak-anak selalu menyebutnya sebagai kek kerana rupanya memang macam kek.

Mudah saja pun membuat kek ini.  Tak menggunakan banyak bahan, tak banyak sangat kerja dan kos keseluruhan pun kiranya murah.  Yang paling penting, banyak kakitangan yang menolong.

Petang semalam kiranya riuh juga bekerja di dapur.  Selepas masak, terus dihidangkan.  Sekejap saja selesai.  Yalah, buat pun ikut ukuran satu resipi saja.

Dalam pada itu anak-anak juga kata nak makan cream puff macam aunty G selalu buat tu.  Nampaknya besok ke lusa kena buat juga la.

Wednesday, March 9, 2011

AYAM MASAK TIRAM

Baru habis masak ayam tiram.  Tekak ni dah teringin sangat nak makan masakan ini sejak dua tiga hari lepas.  Tapi sos tiramnya pula tak ada, dan saya pula ada hal lain yang perlu diutamakan dulu..

Hari ini, awal-awal pagi lagi saya sudah ke pasar.  Saya pastikan saya membeli ayam tambah dan juga sos tiram dulu sebelum membeli bekalan lain.


Sekarang tengah menunggu anak-anak balik dari sekolah untuk makan bersama.  Rasa tak sabar pula nak makan.  Macam budak-budak pula!  Hehe.

Wednesday, February 23, 2011

AKIBAT TRAUMA

Gegaran gempa bumi di New Zealand seperti dirasai oleh mereka di blok-blok bangunan di Pusat Bandar Damansara.  Khabarnya semua orang bergegas keluar dari blok bangunan berkenaan setelah merasai gegaran kecil sekitar tengahari semalam.

Memang benar.  Jika kita dihantui perasaan, kita selalu akan kalah dengan mainan perasaan itu sendiri.

Kemungkinan gegaran berkenaan adalah akibat dari kerja-kerja pembangunan di lembah berhampiran blok-blok bangunan di Pusat Bandar itu.  Kerja-kerja tu bukan calang-calang kerana kawasannya agak besar juga.

Setiap hentakan dan dentuman memang mengegarkan tanah berhampiran.  Ini berasarkan pengalan saya sendiri.  Semasa kontraktor mengebom batu granit untuk meletakkan paip besar air, rumah saya bergegar.  Memang ada merkah di dinding bahagian depan.

Mungkin sudah tiba masanya ada pihak berkuasa yang memantau keadaan seperti ini.  Kontraktor tak la semborono saja!