Wednesday, February 23, 2011

AKIBAT TRAUMA

Gegaran gempa bumi di New Zealand seperti dirasai oleh mereka di blok-blok bangunan di Pusat Bandar Damansara.  Khabarnya semua orang bergegas keluar dari blok bangunan berkenaan setelah merasai gegaran kecil sekitar tengahari semalam.

Memang benar.  Jika kita dihantui perasaan, kita selalu akan kalah dengan mainan perasaan itu sendiri.

Kemungkinan gegaran berkenaan adalah akibat dari kerja-kerja pembangunan di lembah berhampiran blok-blok bangunan di Pusat Bandar itu.  Kerja-kerja tu bukan calang-calang kerana kawasannya agak besar juga.

Setiap hentakan dan dentuman memang mengegarkan tanah berhampiran.  Ini berasarkan pengalan saya sendiri.  Semasa kontraktor mengebom batu granit untuk meletakkan paip besar air, rumah saya bergegar.  Memang ada merkah di dinding bahagian depan.

Mungkin sudah tiba masanya ada pihak berkuasa yang memantau keadaan seperti ini.  Kontraktor tak la semborono saja!

7 comments:

  1. Aslmkm.
    Trauma melalui pengalaman sendiri atau orang lain itu memang memberi kesan.
    Nasihat terbaik ialah supaya kita sentiasa dekatkan diri dengan Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. Salam Sanna.
    Manusia selalu begitu .. mudah trauma!

    ReplyDelete
  3. Salam Sanna.
    Namanya pun trauma!

    ReplyDelete
  4. Salam Sanna.
    Gegaran dari pembinaan tapak di sana la agaknya!

    ReplyDelete