Wednesday, February 23, 2011

AKIBAT TRAUMA

Gegaran gempa bumi di New Zealand seperti dirasai oleh mereka di blok-blok bangunan di Pusat Bandar Damansara.  Khabarnya semua orang bergegas keluar dari blok bangunan berkenaan setelah merasai gegaran kecil sekitar tengahari semalam.

Memang benar.  Jika kita dihantui perasaan, kita selalu akan kalah dengan mainan perasaan itu sendiri.

Kemungkinan gegaran berkenaan adalah akibat dari kerja-kerja pembangunan di lembah berhampiran blok-blok bangunan di Pusat Bandar itu.  Kerja-kerja tu bukan calang-calang kerana kawasannya agak besar juga.

Setiap hentakan dan dentuman memang mengegarkan tanah berhampiran.  Ini berasarkan pengalan saya sendiri.  Semasa kontraktor mengebom batu granit untuk meletakkan paip besar air, rumah saya bergegar.  Memang ada merkah di dinding bahagian depan.

Mungkin sudah tiba masanya ada pihak berkuasa yang memantau keadaan seperti ini.  Kontraktor tak la semborono saja!

Monday, February 14, 2011

PENIAGA SEMUA KAUT UNTUNG

Petang semalam saya bersama suami pergi ke Pekan Sungei Buluh untuk cuba mencari buah cempedak.  Setelah habis pusing, memang jelas tak ada.

Perut pula rasa lapar.  Jadi kami singgah makan di gerai dekat-dekat situ.  Suami pesan nasi goreng seafood pedas.  Apabila, pelayan gerai bawa, beginilah rupanya.


Lebih tepat kalau dinamakan nasi goreng ala kampung.  'Seafood' tu hanya seekor udang dan beberapa potong ketam tiruan.  Baru tahu mereka masukkan ketam tiruan dalam kategori 'seafood' juga.

Bila melihat begitu, saya terus batalkan meehoon 'seafood' yang dipesan bersama tapi baru nak digoreng.  Hilang selera nak makan lagi.  Entah apa-apa masakannya.

Harganya bukan murah juga; RM 4.50 sepinggan.  Memang peniaga hanya nak mengaut untung maksima!

Wednesday, February 2, 2011

TAHUN ARNAB

Kaum Cina akan merayakan tahun baru mulai besok.  Tahun ini tahun arnab pula.  Jadi kita sama ucapkan selamat untuk semua.

SELAMAT
TAHUN BARU CINA 2011

SEMOGA TAHUN INI AKAN LEBIH BAIK