Showing posts with label Cerita sendiri. Show all posts
Showing posts with label Cerita sendiri. Show all posts

Monday, October 10, 2011

DIET SIHAT

Baru saja balik dari jumpa doktor.  Dia nasihatkan supaya tidak menjaga makanan dan minuman kerana sudah melepasi garisan berjaga-jaga.  Darah naik dan kolestrol juga sudah melebihi tahap sihat katanya.

Jadi mahu tak mahu, kena jaga pemakanan.  Sekejap tadi makanan roti dengan serunding dan juga segelas bijirin saja.

Bila berumur beginilah jadinya.  Semua sudah sensitif - kesihatan seinsitif dan perasaan pun sensitif!

Monday, July 4, 2011

MALAS PULA RASA

Sekarang dah datang mood malas.  Memang rasa malas nak buat update ke apa-apa.

Nampak gayanya rakan blogger pun malas singgah lagi.  Ya la juga.  Tak ada apa baru nak dibaca.

Buat sementara dalam mood ini, mungkin jenjalan blog kegemaran dan baca saja la.

Tuesday, March 15, 2011

KEK BATIK MAKAN PETANG SEMALAM

Agak lama tak buat kek batik.  Hari ini semua anak-beranak ada di rumah.  Sibongsu  pula menyebut pasal lama tak makan kek batik.  Si Mak ni bersetuju jugalah.

KEK/PUDING BATIK

Sebenarnya masakan ini lebih merupakan puding.  Ia menggunakan teknik memasak atas api dan kacau-kacau saja.  Tapi anak-anak selalu menyebutnya sebagai kek kerana rupanya memang macam kek.

Mudah saja pun membuat kek ini.  Tak menggunakan banyak bahan, tak banyak sangat kerja dan kos keseluruhan pun kiranya murah.  Yang paling penting, banyak kakitangan yang menolong.

Petang semalam kiranya riuh juga bekerja di dapur.  Selepas masak, terus dihidangkan.  Sekejap saja selesai.  Yalah, buat pun ikut ukuran satu resipi saja.

Dalam pada itu anak-anak juga kata nak makan cream puff macam aunty G selalu buat tu.  Nampaknya besok ke lusa kena buat juga la.

Sunday, January 16, 2011

BERHARI TUNGGU PISANG MASAK

Rasa tak sabar nak makan pisang tanduk tempuhari.  Rupanya banyak hari juga baru masak.  Kalau beli kat kedai tu, besok tu dah masak dan mula lembek.

Hari ini akhirnya pisang tanduk dah masak kuning kulitnya.  Petang tadi barulah jadi cucur pisang.  Sebiji pisang tanduk dapat 1 pinggan besar cucur pisang.  Lihatlah.

Wednesday, January 12, 2011

HURRAY DAPAT PISANG TANDUK ISTIMEWA

Rasa bertuah hari ini.  Tadi saya ke rumah rakan yang juga seeorang blogger yang sentiasa pemurah.

Saya dapatlah sebiji pisang tanduk hasil tanamannya sendiri yang dalam gambar ini.  Besar dan segar, tapi belum cukup masak lagi.


Saya juga sedang teruja menanti anak benih pokok pisang tanduk ini.   Mulanya ingat nak ambil sekali tadi.  Tapi anaknya agak kecil lagi dan saya tidak diberi jaminan pokok itu akan hidup.  Jadi tak berani pulak.

Saturday, November 13, 2010

RUTIN MENCUCI RUMAH

Asyik duk sibuk pasal lain baru la terperasan yang Hari Raya Korban hanya beberapa hari saja lagi.  Saya rasa macam saya hidup dalam dunia sendiri pula!

Hari ini kena pergi cari barang dan bahan untuk buat juadah hari raya nanti.  Sekurang-kurangnya nak ada juga juadah raya seperti satu dua jenis biskut, lemang/ketupat dan rendang.

Kata suami nasib baik teringat juga beberapa hari sebelum tiba hari berkenaan.  Ada la masa untuk mencuci dan membersih rumah.  Nampaknya hari dan esok mesti manafaatkan anak-anak dan suami untuk turut membantu! :)

Tuesday, October 26, 2010

PAGI LAGI DAH RASA LAPAR

Pagi ni awal lagi dah rasa lapar pulak.  Agaknya gara-gara tengok makanan yang dibuat oleh Datin Dr Fauziah la ni!  Nampaknya nak kena pergi cari bahan-bahan dan buat roti croisant juga la.

Di waktu yang sama rasa nak makan laksa juga.  Macam orang mengidam saya hari ini.  Hehe.

Tapi okey jugak la.  Hari ini memang tak ada apa-apa program lain.  Jadi bolehlah pergi ke pasaraya dan terus membeli semua keperluan di sana.

Tuesday, September 7, 2010

BESOK BALIK KAMPUNG JUGA

Mula ingat nak beraya di sini dulu.  Lepas tu dengar ramai pulak dah balik ke kampung.  Jadi dah la bertukar fikiran nak balik beraya di kampung pula.

Sebenarnya kita orang tua ni mengikut mood anak-anak.  Bila dah ramai yang ingin nak berkumpul raya dengan keluarga di kampung, kita nak kata apa.  Ikut sajalah.

Insya Allah, pagi besok kita orang sekeluarga akan berkonvoi dengan sepupu sekeluarga balik ke kampung juga.  Harap-harap tak jam sebab dengarnya ramai juga yang sudah pun balik dulu.

Friday, August 27, 2010

HARI CUTI NUZUL AL QURAN

Sudah menjadi tradisi setiap tahun.  Orang-orang Selangor cuti pada 17 Ramadhan kerana Nuzul Al Quran.  Pada hari ini ramai warga Selangor akan ke Kuala Lumpur untuk shopping.  Penuh sesak Kuala Lumpur dibuatnya.

Saya pun ni nak turun ke Kuala Lumpur juga.  Tengah menunggu kawan datang jemput.  Kata orang macam tak ada hari lain.  Tapi itulah penangannya.

Friday, August 6, 2010

SALAM HARI JUMAAT
SEMOGA CERIA DAN BAHAGIA


Dekat-dekat nak puasa ni tekak dah berselera nak makan macam-macam.  Pagi-pagi ini saya teringat nak makan durian dengan pulut.  Tetapi yang ada kat rumah cuma durian saja.

Apa nak dibuatkan.  Jadi kopek jugalah durian.  Sudah tak ada pulut, saya makan saja dengan roti.  Boleh tahan juga sedpanya.  Macam mana cara makan pun tetap sedap. :)

Wednesday, August 4, 2010

HI-TEA

Dekat-dekat puasa ramai orang sudah mula makan siang dan malam lebih.  Seolah macam nanti tak makan sebulan pula.

Nak menunggu hari minggu dah tinggal sekali saja sebelum bulan Ramadan bermula minggu depan.  Jadi orang buat majlis makan-makan dengan kumpulan kecil sendiri di hotel dan restaurant tertentu.  Banyak orang pergi hi-tea di hotel 3 atau 4 bintang.

Semalam saya pun ikut juga kawan-kawan pergi hi-tea.  Hotel tak banyak menyediakan makanan-makanan berat.  Kebanyakan lebih merupakan makanan manisan seperti di dalam gambar ini.


Mungkin juga kerana harganya agak murah iaitu RM 30 seorang.  Yalah, kalau di hotel secawan teh atau kopi sudah RM 6 - 8 dan sepinggan makanan berat seperti mee goreng pun sudah RM 20 -30.

Apapun seronok jugalah makan bersama kawan-kawan yang sudah lama tidak bertemu.