Wednesday, February 23, 2011

AKIBAT TRAUMA

Gegaran gempa bumi di New Zealand seperti dirasai oleh mereka di blok-blok bangunan di Pusat Bandar Damansara.  Khabarnya semua orang bergegas keluar dari blok bangunan berkenaan setelah merasai gegaran kecil sekitar tengahari semalam.

Memang benar.  Jika kita dihantui perasaan, kita selalu akan kalah dengan mainan perasaan itu sendiri.

Kemungkinan gegaran berkenaan adalah akibat dari kerja-kerja pembangunan di lembah berhampiran blok-blok bangunan di Pusat Bandar itu.  Kerja-kerja tu bukan calang-calang kerana kawasannya agak besar juga.

Setiap hentakan dan dentuman memang mengegarkan tanah berhampiran.  Ini berasarkan pengalan saya sendiri.  Semasa kontraktor mengebom batu granit untuk meletakkan paip besar air, rumah saya bergegar.  Memang ada merkah di dinding bahagian depan.

Mungkin sudah tiba masanya ada pihak berkuasa yang memantau keadaan seperti ini.  Kontraktor tak la semborono saja!

Monday, February 14, 2011

PENIAGA SEMUA KAUT UNTUNG

Petang semalam saya bersama suami pergi ke Pekan Sungei Buluh untuk cuba mencari buah cempedak.  Setelah habis pusing, memang jelas tak ada.

Perut pula rasa lapar.  Jadi kami singgah makan di gerai dekat-dekat situ.  Suami pesan nasi goreng seafood pedas.  Apabila, pelayan gerai bawa, beginilah rupanya.


Lebih tepat kalau dinamakan nasi goreng ala kampung.  'Seafood' tu hanya seekor udang dan beberapa potong ketam tiruan.  Baru tahu mereka masukkan ketam tiruan dalam kategori 'seafood' juga.

Bila melihat begitu, saya terus batalkan meehoon 'seafood' yang dipesan bersama tapi baru nak digoreng.  Hilang selera nak makan lagi.  Entah apa-apa masakannya.

Harganya bukan murah juga; RM 4.50 sepinggan.  Memang peniaga hanya nak mengaut untung maksima!

Wednesday, February 2, 2011

TAHUN ARNAB

Kaum Cina akan merayakan tahun baru mulai besok.  Tahun ini tahun arnab pula.  Jadi kita sama ucapkan selamat untuk semua.

SELAMAT
TAHUN BARU CINA 2011

SEMOGA TAHUN INI AKAN LEBIH BAIK

Saturday, January 29, 2011

SAMBAL TAUHU

Hari ini nak buat update juga.  Alang-alang masak tauhu untuk 'brunch' tadi, jadi kongsi sambal tauhu saja la.


Ini adalah sambal tauhu jenis lembut.  Masak bagi pedas-pedas sikit.  Ianya memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas.  Tak kiralah apa jenis nasi sekali pun.

Sunday, January 16, 2011

BERHARI TUNGGU PISANG MASAK

Rasa tak sabar nak makan pisang tanduk tempuhari.  Rupanya banyak hari juga baru masak.  Kalau beli kat kedai tu, besok tu dah masak dan mula lembek.

Hari ini akhirnya pisang tanduk dah masak kuning kulitnya.  Petang tadi barulah jadi cucur pisang.  Sebiji pisang tanduk dapat 1 pinggan besar cucur pisang.  Lihatlah.

Wednesday, January 12, 2011

HURRAY DAPAT PISANG TANDUK ISTIMEWA

Rasa bertuah hari ini.  Tadi saya ke rumah rakan yang juga seeorang blogger yang sentiasa pemurah.

Saya dapatlah sebiji pisang tanduk hasil tanamannya sendiri yang dalam gambar ini.  Besar dan segar, tapi belum cukup masak lagi.


Saya juga sedang teruja menanti anak benih pokok pisang tanduk ini.   Mulanya ingat nak ambil sekali tadi.  Tapi anaknya agak kecil lagi dan saya tidak diberi jaminan pokok itu akan hidup.  Jadi tak berani pulak.