Wednesday, November 17, 2010

UCAPAN HARI RAYA

Hari ini kita umat Islam dilimpahkan rahmat untuk dapat menyambut Hari Raya Haji sekali lagi. Semoga kita sentiasa terus diberkati dengan umur yang panjang, rezeki yang halal dan melimpah ruah serta kebahagiaan dunia akhirat. Amin.

SELAMAT HARI RAYA

AIDIL ADHA 1431H

Maaf Zahir Dan Batin

Saturday, November 13, 2010

RUTIN MENCUCI RUMAH

Asyik duk sibuk pasal lain baru la terperasan yang Hari Raya Korban hanya beberapa hari saja lagi.  Saya rasa macam saya hidup dalam dunia sendiri pula!

Hari ini kena pergi cari barang dan bahan untuk buat juadah hari raya nanti.  Sekurang-kurangnya nak ada juga juadah raya seperti satu dua jenis biskut, lemang/ketupat dan rendang.

Kata suami nasib baik teringat juga beberapa hari sebelum tiba hari berkenaan.  Ada la masa untuk mencuci dan membersih rumah.  Nampaknya hari dan esok mesti manafaatkan anak-anak dan suami untuk turut membantu! :)

Thursday, November 4, 2010

BANJIR BAH REZEKI MENCURAH

Kini di utara tanah air iaitu di Perlis dan Kedah serta di pantai timur, hujan yang melanda sudah membawa bencana.  Sana sini banjir.  Kata orang, "Ayaq Bah Sakan!"

Kabarnya puluhan ribu sudah dipindahkan ke tempat-tempat yang lebih selamat.  Namun rasion makanan masih tidak dapat dibahagikan secara teratur dan saksama.

Nampaknya perkara yang sama tetap berulang.  Saya dengar dari saudara bahawa apa yang berlaku ketika musibah banjir besar pada tahun 2005 dulu berulang kembali.  Banyak bekalan-bekalan makanan disonglap oleh petugas-petugas yang dipertanggung-jawapkan menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir itu sendiri.  Mangsa menjadi saksi mata kepada kejadian.

Seperti manjadi budaya dalam mekanisme pentadbiran sekarang pula.  Banyak orang mengaut keuntungan dari penderitaan orang lain.  Mereka sudah hilang pertimbangan.  Jika sudah contoh di atasnya makan sakan, di bawah pun mahu habuan semaksima boleh.  Walaupun dari sekecil-kecil peruntukan hinggalah kepada sebesar-besarnya!

Mereka tidak takut dengan pembalasan Tuhan.  Musibah yang menimpa tidak dijadikan iktibar.  Malah mereka menganggapnya seperti anugerah pulak!  SEDIH SUNGGUH!

Tuesday, October 26, 2010

PAGI LAGI DAH RASA LAPAR

Pagi ni awal lagi dah rasa lapar pulak.  Agaknya gara-gara tengok makanan yang dibuat oleh Datin Dr Fauziah la ni!  Nampaknya nak kena pergi cari bahan-bahan dan buat roti croisant juga la.

Di waktu yang sama rasa nak makan laksa juga.  Macam orang mengidam saya hari ini.  Hehe.

Tapi okey jugak la.  Hari ini memang tak ada apa-apa program lain.  Jadi bolehlah pergi ke pasaraya dan terus membeli semua keperluan di sana.

Saturday, October 16, 2010

KENDURI DAN KENDURI

Sejak dari Hari Raya Kedua Aidilfitri hingga ke Hari Raya Haji nanti, setiap hujung minggu memang ada kenduri.  Macam-macam kenduri ada.

Ada orang hanya buat rumah terbuka, ada yang satukan dengan majlis pertunangan dan pernikahan dan ada kenduri kahwin.  Sejak habis bulan raya ada kenduri doa selamat untuk pergi mengerjakan haji pula.

Selepas itu nampaknya semuanya jemputan untuk majlis perkahwinan.  Tetapi sudah banyak pula undangan yang bertembung hari.  Pendeknya sana sini ada kenduri dan kenduri lagi.

Tinggilah budget untuk  nak menghulurkan kepada tuan kenduri.  Samaada dalam bentuk hadiah atau wang tunai, sekurang-kurangnya RM50 juga setiap satu.  Sakit juga rasanya dengan begitu banyak kenduri.

Tuesday, October 5, 2010

'SPIRITS OF FORGIVENESS'

Saya tertarik dengan ucapan seorang rakan di blog yang mengucapkan selamat sempena Ramadhan dan Syawal.  Bukan apa rasa macam kena dan sedap pula bunyinya.  Saya turunkan di sini.
"Wishing all happiness, good health, peace and prosperity. 
May the spirits of well wishes and forgiveness always remain in our hearts."
Sekarang ni dalam suasana dan musim Raya yang mulia pun orang suka membuat cerita sana sini.  Banyak pula yang menimbulkan kemarahan dan kekesalan pada orang lain.  Sungguh menyedihkan.