Thursday, November 4, 2010

BANJIR BAH REZEKI MENCURAH

Kini di utara tanah air iaitu di Perlis dan Kedah serta di pantai timur, hujan yang melanda sudah membawa bencana.  Sana sini banjir.  Kata orang, "Ayaq Bah Sakan!"

Kabarnya puluhan ribu sudah dipindahkan ke tempat-tempat yang lebih selamat.  Namun rasion makanan masih tidak dapat dibahagikan secara teratur dan saksama.

Nampaknya perkara yang sama tetap berulang.  Saya dengar dari saudara bahawa apa yang berlaku ketika musibah banjir besar pada tahun 2005 dulu berulang kembali.  Banyak bekalan-bekalan makanan disonglap oleh petugas-petugas yang dipertanggung-jawapkan menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir itu sendiri.  Mangsa menjadi saksi mata kepada kejadian.

Seperti manjadi budaya dalam mekanisme pentadbiran sekarang pula.  Banyak orang mengaut keuntungan dari penderitaan orang lain.  Mereka sudah hilang pertimbangan.  Jika sudah contoh di atasnya makan sakan, di bawah pun mahu habuan semaksima boleh.  Walaupun dari sekecil-kecil peruntukan hinggalah kepada sebesar-besarnya!

Mereka tidak takut dengan pembalasan Tuhan.  Musibah yang menimpa tidak dijadikan iktibar.  Malah mereka menganggapnya seperti anugerah pulak!  SEDIH SUNGGUH!

6 comments:

  1. Aslmkm.
    Ya, memang bukan rahsia lagi!

    ReplyDelete
  2. salam...
    jahat betul diorang buat mcm tu!

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah.
    Memang banyak orang jahat & berkepentingan yg lebih menjaga diri mereka di mana-mana pun!

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah.
    Teramat benar sekali!
    Saya antara saksi mata ketika tahun 2005.
    Selepas musibah kematian isteri pertama itu baru saya berhijrah ke sini.

    ReplyDelete
  5. Salam Sanna.
    Banyak pengambil kesempatan; mereka tidak amanah & tidak jujur serta tidak ikhlas!

    ReplyDelete
  6. Salam Sanna.
    Memang adat dunia agaknya!
    Manusia rapuh & tunduk kepada nafsu & syaitan!

    ReplyDelete