Saturday, October 16, 2010

KENDURI DAN KENDURI

Sejak dari Hari Raya Kedua Aidilfitri hingga ke Hari Raya Haji nanti, setiap hujung minggu memang ada kenduri.  Macam-macam kenduri ada.

Ada orang hanya buat rumah terbuka, ada yang satukan dengan majlis pertunangan dan pernikahan dan ada kenduri kahwin.  Sejak habis bulan raya ada kenduri doa selamat untuk pergi mengerjakan haji pula.

Selepas itu nampaknya semuanya jemputan untuk majlis perkahwinan.  Tetapi sudah banyak pula undangan yang bertembung hari.  Pendeknya sana sini ada kenduri dan kenduri lagi.

Tinggilah budget untuk  nak menghulurkan kepada tuan kenduri.  Samaada dalam bentuk hadiah atau wang tunai, sekurang-kurangnya RM50 juga setiap satu.  Sakit juga rasanya dengan begitu banyak kenduri.

6 comments:

  1. Salam.
    Dah tak tunggu cuti sekolah lagi! :)

    ReplyDelete
  2. Salam Sana.
    Manusia semakin banyak .. jadi semuanya semakin berganda .. pendapatan juga yg sukar naiknya, lebih2 lagi bagi mereka yg makan gaji!

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Rezeki adalah rahmat Illahi.

    ReplyDelete
  4. Aslmkm.
    Ada pilihan - boleh pergi & boleh tak pergi! Hehe.

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah.
    Masih sibuk kenduri lagi! :)

    ReplyDelete
  6. Salam.
    Arini masih banyak kenduri jugak!

    ReplyDelete