Thursday, December 9, 2010

SEHATI BERDANSA

Sepasang demi sepasang suami isteri yang mengambil bahagian di dalam program 'Sehati Bendansa' untuk semua musim seperti terkena badi.  Perkahwinan mereka tidak mampu bertahan dan mereka bercerai.

Sekalipun tidak terperanjat dengan perceraian juara musim ketiga, iaitu Sein dan Nana, tetapi rasa simpati juga kerana anak-anak yang  masih kecil ikut menjadi mangsa.  Memanglah semuanya ketentuan Illahi.  Cuma kita patut ambil ikhtibar dari semua ini.

Jelas sekali program itu dan program 'Mari Berdansa' sekarang berlawanan dengan hukum syarak.  Walaupun pasangan mempunyai ikatan perkahwinan, persaudaraan atau kekeluargaan yang menghalalkan perhubungan mereka, seluruh program itu bercanggah dengan hukum Islam.

Sedih rasanya kerana Malaysia lantang mengaku negara Islam.  Anehnya kita tidak guna-pakai semua undang-undang dan hukum Islam.  Dalam hal seperti ini, Jabatan Agama Islam sekalipun tidak mempunyai bidang kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan.  Aneh juga ulama-ulama sendiri tidak membuat kenyataan terbuka dan jelas mengenai program ini.

Taukey Astro memang bukan Islam.  Tapi itu bukan bererti rancangan mereka boleh sewenang-wenangnya bercanggah dengan hukum Islam.  Orang-orang yang mengambil bahagian serta semua yang terlibat, samaada sebagai peserta, pengacara, pengadil dan saudara-mara yang menyokong yang berbangsa Melayu dan mengaku Islam semuanya mencemar Islam.

Kita selalu melihat golongan tertentu yang asyik lantang bersuara ke atas golongan lain yang mencemar dan mencabar kesucian Islam dan kedaulatan serta ketuanan Melayu.  Mereka berada di mana?

6 comments:

  1. Aslmkm.
    Semoga mereka segera insaf & hati mereka juga segera terbuka untuk berhijrah kepada kebaikan. Amin.

    ReplyDelete
  2. Salam Sanna.
    Betul kata kak G tu. Saya setuju!

    ReplyDelete
  3. pnceraian adlah bnda halal yg plaing dbenci oleh allah..

    pstt, jom ex-change link, leave ur link here ok.. hehe..http://tentangsesuatu-ahsfantasy24.blogspot.com/2010/12/bloglist-2011-selamat-datang-tahun-baru.html

    ReplyDelete
  4. salam sanna - ye lina pun setuju ngan kak G.
    Thanks visited my blog :)

    ReplyDelete
  5. Salam Sanna.
    Saya pun setuju dengan kak G jugak! Hehe.

    ReplyDelete
  6. Saya tengok macam kamu nei seorang
    blogger yang peramah..

    ad ssuatu yg ssuai tu kamu, jom kte
    g tgk kt:

    http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html

    Tahniah, kamu seorang yang peramah!

    (:
    :)
    (:
    :)

    ReplyDelete