Monday, December 6, 2010

CERITA "GILA BABI"

Kecuh pula dengan komen spontan Lisa Surihani semasa program Mari Menari di Astro.  Semasa program itu berlangsung, apabila dia komen dengan ungkapan "gila babi" memang sudah tahu perkara sedemikian tentu akan menjadi berita panas.

Ada pula saranan mengatakan Lisa sepatutnya bersikap lebih sopan.  Ini adalah kerana artis menjadi ikon kepada peminat dan masyarakat.

Sudah macam lawak pulak bunyinya.  Kenapa pula harus marah pada artis.  Dunia mereka memang penuh dengan kontroversi.  Banyak yang tidak keruan.

Seorang Islam yang menjadikan artis sebagai ikon awal-awal lagi jelas tersasar.  Oleh kerana cetek pengetahuan agama dan kurang didikan ramai yang menjadi liar gara-gara mengikut artis pujaan dan alam glamor.  Anak-anak dan remaja terkinja-kinja di kelab-kelab malam dan tempat seumpamanya.  Begitu juga pakaian mereka yang ikutan terdedah sana-sini dan ada yang cumpang-camping atau pun glamor habis.

Betul juga kata Lisa tu.  Kalau sudah terkinja-kinja sakan, seolah-olahnya gila babi!  Anehnya babi pun tak gila begitu!

3 comments:

  1. Salam Sanna.
    Kalau orang gila babi, tu ertinya tercemar hati!

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.
    Semoga kita sentiasa diberkati. Amin.

    ReplyDelete
  3. salam...

    biarlah artis dalam dunianya. sebab itu yg diorg kejar. asal kita tak jadikan diorg role model sudah...huuu~

    ReplyDelete