Monday, July 19, 2010

TAK JADI PUASA

Ingat hati memang nak puasa hari ni.  Yalah, memandangkan Ramadan pun dekat, eloklah membiasakan diri berpuasa.

Tapi nampaknya tidak terlaksana juga.  Jadual hari ini amat ketat pula.  Terpaksa nak kena pergi sana sini kerana ada urusan peribadi yang penting.

Sementelah tak jadi puasa, ingat nak makan durian la.  Teringin pula nak makan pulut durian tu.  Elok jugalah dilakukan sebelum datang bulan puasa kerana nanti kalau dah Ramadan, pergi Terawih berbau durian pula!

1 comment:

  1. Aslmkm.
    Puasa sunat kan? ... dibuat dapat pahala, tak buat tak pula berdosa! Ada masa lagi, ni baru nak masuk kedua Syaaban. :)

    ReplyDelete