Wednesday, July 21, 2010

MELAYU ISLAM KE?

Malam tadi saya sekeluarga pergi makan di salah sebuah tempat makan yang popular.  Kami makan nasi kari kepala ikan dan sayuran serta juga ayam goreng.

Bukan makanan yang saya nak cerita.  Tapi saya nak cerita apa yang membuat saya rasa kurang senang saja.

Ada ramai orang yang datang makan.  Tentulah pelbagai ragam dan macam juga.  Cuma saya benar-benar rasa kesal dengan sekeluarga ini.

Mereka berempat, dua lelaki dan dua wanita, dan mereka memesan masakan Cina.  Semuanya memakai seluar pendek, baik yang lelaki mahupun yang perempuan.  Bezanya dua yang perempuan itu memakai seluar pendek yang amat pendek singkat hingga hampir ke kangkang paha.  Baju juga agak pendek.

Jelaslah mereka itu orang Melayu.  Baik dari segi rupa mahu pun percakapan, mereka memang ternyata orang Melayu.

Tetapi saya tertanya-tanya di mana Islamnya jika pakaian mereka hingga begitu.  Tidakkah ibu bapa mereka mengajar tentang Islam?

6 comments:

  1. Aslmkm.
    Ya la tu .. Melayu!
    Islam byk main selam jer sekarang ni!

    ReplyDelete
  2. Salam Sanna.
    Benar tu, Melayu ramai mengaku Islam tapi tak nampak menghayati atau mengerti Islam!

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Begitulah dunia di akhir zaman.
    Anehnya orang yg tak mahir Islam & tak jelas Islamnya pula yg melaung-laungkan mereka pembela Islam!

    ReplyDelete
  4. Aslmkm.
    Ya banyak orang2 Melayu pakai seluar sendat lagi pendek & baju senteng nampak pusat & ketiak! Sungguh memalukan, tapi mereka selamba saja!

    ReplyDelete
  5. tu dah jd senario yg biasa..pastu tempat mkn pun mcm tu jgak..byk antara kita yg main masuk kat tempat yg takde status halal..tp bila tgk ramai melayu mkn kat situ..kita pun terjah sekali..
    camne tu???

    ReplyDelete
  6. Aslmkm.
    Jengah jer. :)

    ReplyDelete