Monday, July 26, 2010

APA CERITA LAIN?

Semalam Yassin, bekas anggota Senario diberitakan dicekup lagi, dan ujian air kencingnya dikatakan ada ganja.  Macam-macam reaksi orang di atas berita ini.

Saya cuma terfikir kenapa asyik-asyik Yassin diserbu dan ditangkap dengan alasan yang sama?  Kemudian terdapat bukti lain yang membuatkan dia dibebaskan lagi.

Entahlah ya?  Saya pernah banyak kali terjumpa Yassin.  Tidak nampak bukti dia seorang ketagihan dadah.  Tetapi badannya memang kurus keding.

Ada orang memberitahu bahawa Yassin memang gemar menghisap rokok keretek Indonesia.  Ramai orang tahu orang keretek ada elemen seperti herba tradisi tertentu.  Jadi mungkin saja seperti kaskas yang ada bahan seperti ganja.

Bukan apa, elok juga kita berprasangka baik.  Sekurang-kurangnya kita boleh membantu mengatasi masaalah dan bukannya mengadakan masaalah.

3 comments:

  1. Aslmkm.
    Jika kita gunapakai pendekatan utk memperbaiki yg kurang baik & memperbetulkan yg salah, ia adalah pendekatan dinamik yg dapat mengatasi segala masaalah & kelemahan.

    ReplyDelete
  2. Aslmkm Sanna.
    Saya pun dengar rokok keretek tu ada macam kesan dadah juga.

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Jengah jer ler. :)

    ReplyDelete