Thursday, May 6, 2010

TINDAKAN KEJAM SUAMI

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan insiden suami-suami bertindak ganas dan kejam terhadap isteri-isteri mereka.  Selepas peristiwa satu demi satu kes bayi dibuang, kini ada kes satu demi satu pula suami melakukan tindakan kejam.

Semalam kita mendengar berita bagaimana seorang wanita patah kaki kerana dipijak suaminya dengan but, disamping dibelasah hingga cedera parah.  Katanya suami terbabit mengesyaki isterinya mahu menuntut cerai kerana menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.  Suami berkenaan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sebelum ini ada kejadian keganasan rumah tangga kes jenayah juga di mana seorang jururawat berusia 40 tahun parah apabila kemaluannya ditoreh dengan pisau oleh suaminya.  Suspek dikatakan bertindak sedemikian gara-gara mendengar bisikan suara halus yang mengatakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Pada minggu lalu, seorang isteri maut selepas dibelasah suaminya yang tiba-tiba menyerang mangsa.  Difahamkan, mangsa menemui ajal akibat kepalanya dihentak, selain perut, dada dan paha dipijak suaminya yang mendapat tahu kononnya mangsa berbual dengan lelaki lain menerusi telefon bimbit.

Betapa senangnya suami menghukum isteri mereka, tanpa membuat siasatan dan pertimbangan yang rasional.  Peristiwa begini menyedihkan dan menyeramkan sekali.

Betul panduan agama supaya kita memilih suami mengikut ciri iman dan pengetahuan agama.  Orang-orang tua pun selalu menasihatkan supaya kita menilai dengan bijaksana dan tidak hanya mengikut kata hati.

3 comments:

  1. Aslmkm.
    Kekadang sukar juga nak pastikan ... anak & sdra ulama pun tak semestinya baik!
    Mungkin kita sendiri kena amalkan bacaan ayat2 Al Quran yg dpt melembutkan hati pasangan. Jika terlalu ikut emosi mmg susah!

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Org skrg bila pilih teman hidup mengikut kata hati!!

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Hehe (ada makna!)... lalu saje le! :)

    ReplyDelete