Wednesday, May 26, 2010

MATI DALAM KEJAHATAN

Setiap kejahatan yang dilakukan anak remaja pastinya berpunca dari didikan dan alam persikatarannya.  Tiada orang yang dilahirkan jahat, walaupun lahirnya itu sebagai seorang anak di luar nikah.  Seorang kanak memang bersih dan suci.  Tetapi mereka yang membawa ke dunia dan masyarakat sekeliling yang mencorakkan menjadi seperti apa.

Sungguh amat menyedihkan apabila membaca berita anak-anak remaja, muda-mudi melakukan pelbagai noda dan dosa.  Mereka bersekedudukan dan melahirkan bayi diluar nikah, dan ada yang bersifat tidak bertanggung-jawap dengan membuang bayi-bayi dari kecemaran dosa mereka.

Saya amat sedih melihat berita dalam Harian Metro hari ini.  Seorang pemuda yang berumur 20 tahun mati rentung dan terputus dua dalam percubaannya untuk mencuri kabel.  Dia diberitakan terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di bandar Muadzam Shah kelmarin.

Lihatlah keadaan mayat mangsa, dipercayai seorang penagih dadah, yang amat mengerikan.  Separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu.  Sementara sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan.

Mayat Putus Dua - Sebahagian yang Tersangkut

Orang-orang di kampung berkenaan telah menjumpai mayat ini sekitar tengah malam dan memanggil pihak bomba  untuk mendapat bantuan bagi menurunkannya.  Usaha menurunkan sebahagian tubuh mangsa itu dilakukan dengan bantuan kakitangan TNB yang memutuskan bekalan elektrik terlebih dulu.

Gara-gara semua  itu, penduduk di Felda berkenaan dan bandar Muadzam Shah itu bergelap hampir sejam sebelum bekalan disambung semula selepas kerja menurunkan mayat mangsa selesai.  Malah diberitakan juga kecurian kabel sering berlaku dan menyusahkan penduduk kerana terpaksa bergelap akibat bekalan terputus.

Bila perkara seperti berlaku banyak orang sering berkata semoga ia akan memberi pengajaran mengenai padah mencuri kabel elektrik.  Mereka melihat pada akibat dari apa yang berlaku itu saja.

Tetapi masaalah sebenarnya ialah remaja terjebak dengan kejahatan.  Apa yang harus ditangani ialah dengan terlebih dahulu mencari sebab mengapa  mereka terjebak.  Ertinya ada kesalahan dalam sistem pendidikan kita.  Sistem kita tidak kuat untuk menyokong ke arah membentuk semua remaja menjadi manusia yang berguna dan bertanggung-jawab.  Akibatnya daripada kelemahan sistem banyak remaja melakukan jenayah dan ada yang mati dalam kejahatan.

7 comments:

  1. Aslmkm.
    Itu le kepincangan yg paling ketara. Sistem kita terlalu lemah ... tp masyarakat lbh cepat mahu menghukum produk yg lahir & membesar dlm sistem yg defektif! :(

    ReplyDelete
  2. mendidik anak agar menjadi insan yg berguna amat berat cabarannya kini. masalah sosial, keruntuhan akhlak, kegiatan jenayah sering berlaku dikalangan remaja..perlu cari cara penyelesaian yg terbaik utk mengatasinya agar ia tidak menjadi kronik dan sukar dikawal...

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Jika semua orang mengerti hasil produk ialah dari acuan yg diguna pakai.

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Terlalu kepincangan dlm masyarakat .. tp yg menjadi mangsa juga yg terus disalahkan & dimarahi! Jadi masaalah terus menjadi masaalah! :(

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Mmg masyarakat suka menghukum .. belum tinggi iman utk membentuk!

    ReplyDelete
  6. Aslmkm.
    Lalu je le. :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Wbh ..Terima kasih ingin berkenalan dengan saya.. saya hulur jari 10.. salam perkenalan di alam maya ini.

    ReplyDelete