Agak lama tak buat kek batik. Hari ini semua anak-beranak ada di rumah. Sibongsu pula menyebut pasal lama tak makan kek batik. Si Mak ni bersetuju jugalah.
KEK/PUDING BATIK
Sebenarnya masakan ini lebih merupakan puding. Ia menggunakan teknik memasak atas api dan kacau-kacau saja. Tapi anak-anak selalu menyebutnya sebagai kek kerana rupanya memang macam kek.
Mudah saja pun membuat kek ini. Tak menggunakan banyak bahan, tak banyak sangat kerja dan kos keseluruhan pun kiranya murah. Yang paling penting, banyak kakitangan yang menolong.
Petang semalam kiranya riuh juga bekerja di dapur. Selepas masak, terus dihidangkan. Sekejap saja selesai. Yalah, buat pun ikut ukuran satu resipi saja.
Dalam pada itu anak-anak juga kata nak makan cream puff macam aunty G selalu buat tu. Nampaknya besok ke lusa kena buat juga la.