Wednesday, June 30, 2010

SALAH SIAPA?

Saya membaca berita tentang seorang suami yang takut isteri dan anaknya murtad dan beralih agama.  Kata si suami dia rela berkorban apa saja bagi memulih dan mengembalikan isteri ke pangkuannya.  Dia percaya isteri dan anaknya ikut bersama keluarga mertua telah pergi ke Australia kerana mempunyai taraf penduduk tetap.

Apa yang patut difahami juga ialah beliau ada mengatakan bahawa isterinya memeluk agama Islam selepas dua tahun mereka mendirikan rumahtangga.  Maksudnya, pernikahannya itu sendiri memang tidah sah kerana isterinya bukan seorang Islam ketika mereka berkahwin.

Tidak hairanlah perkara seperti ini boleh berlaku.  Si suami sendiri keliru dengan hukum Islam.  Bagaimana mungkin pula isteri dan anak-anak akan dapat menghayati Islam.

Tentu lebih baik jika pejabat agama mengambil tahu dan siasat perkara ini.  Tidak guna jika suami yang takutkan isteri dan anaknya murtad dan beralih agama.  Apakah keadaan dirinya sendiri sebenarnya, adakah dia seorang yang sudah terpesong Islamnya.

Islam bukan hanya pada nama, bukan hanya kerana dia seorang Melayu.  Tetapi Islam itu adalah cara hidup dan pegangannya seharian yang wajip disempurnakan mengikut syariat Islam.

Persoalan sebeginilah yang membuat orang ramai turut jadi keliru tentang orang Islam.  Walhal orang berkenaan sudah tidak mengamalkan rukun Islam.  Salah siapa?

4 comments:

  1. Aslmkm.
    Inilah cabaran diakhir zaman! Yg sepatutnya membimbing pun sudah kurang terbimbing. Di sinilah pihak berkuasa harus lebih 'robust' hadir di dalam kehidupan manusia.

    ReplyDelete
  2. Salam Sana.
    Memang dunia dah jadi haru biru!

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Lalu jer ler. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Sana.
    Salah seluruh sistem pelajaran & pengajaran!

    ReplyDelete