Friday, April 23, 2010

APA KES?

Bila masa pilihanraya bertambahlah saja la orang lompat masuk dan keluar parti.  Lawaknya mengaku pegang jawatan pun ada, walhalnya hampeh.  Rendahnya maruah mereka-mereka ini.

Semalam Tun Che Det kata jangan sokong Zaid di Hulu Selangor kerana beliau adalah katak lompat keluar lepas orang tak mahu.  Tapi di waktu yang sama dia duduk semeja dan memuji serta mendukung pulak si katak veteran yang lompat sana sini si Ibrahim Ali tu.  Aduhhh .. Tun dah mula nyanyuk ke?

Saya bukan apa.  Menyampah betul dengan segala putar belit orang politik, terutama pemimpin-pemimpin yang asyik cakap berbelit-belit.  Tak kiralah sebelah mana pun.

2 comments:

  1. Salam.
    Itu la dah mmg dah ada pepatah - "kuasa tu korup, dan kuasa mutlak lagi membuahkan korupsi dgn berleluasa!"

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.
    Che Det sendiri pernah sering berkata,"dlm politik, arini lawan, besuk kawan ... lagu tu la ..."
    Kuasa rakyat lg besar dr kuasa mereka, tp rakyat Msia jenis,"tak apa, lebih kurang."

    ReplyDelete