Wednesday, August 31, 2011

HARI RAYA AIDILFITRI

Sempena hari yang mulia ini saya ingin merakamkan ucapan Hari Raya kepada semua bloggers.  Maaf zahir dan batin.
*شلآمت هاري راي عيدالفطري*
*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI*

Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT SEMARAKKAN
RAMADAN AL MUBARAK
TAHUN 1432 HIJRAH

Semoga kita semua diberkati dengan umur yang panjang, kesihatan dan kekuatan.  Semoga amalan kita diterima.  Amin, amin, amin.

Monday, July 4, 2011

MALAS PULA RASA

Sekarang dah datang mood malas.  Memang rasa malas nak buat update ke apa-apa.

Nampak gayanya rakan blogger pun malas singgah lagi.  Ya la juga.  Tak ada apa baru nak dibaca.

Buat sementara dalam mood ini, mungkin jenjalan blog kegemaran dan baca saja la.

Sunday, June 19, 2011

KENAPA MESTI GODAM-GODAM

Macam-macam la manusia ni.  Gila buatan menyusahkan orang itu yang paling digemari oleh golongan manusia yang pentingkan diri saja.

Kenapa mesti godam sana sini?  Tak boleh buat kerja-kerja yang berfaedah ke?

Dalam kepala otak mereka agaknya asyik cari jalan untuk menyusahkan orang.  Mereka tak senang melihat orang senang.  Kegembiraan mereka ialah bila orang menghadapi masaalah.  Gila!

Tuesday, May 24, 2011

APA HAL PULAK?

Kenapa pula hari ini?  Sign-in tapi bila nak komen, tak keluar nama dan URL. 

Ada masaalah lagi ke?

Sunday, May 15, 2011

APA MAKSUD NAMA HARI

Sekarang dah jadi trend pula.  Ada saja nama hari diberi.  Dulu setakad hari-hari bersabit sambutan raya dan hari cuti umum saja.

Selepas itu ada hari-hari yang disambut bersabit pemujaaan dan memperingati jasa idola, tuhan-tuhan golongan serta orang tertentu.  Maka ada hari seperti Hari Kekasih/Valentine, Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Kanak-kanak.

Kemudian ada hari mengenangkan jasa sesuatu profession dan jasa khidmat.  Jadi ada la pulak Hari Pahlawan, Hari Polis, Hari Jururawat dan Hari Guru.

Lama-lama besok setiap hari ada nama lain selain dari nama-nama hari dalam seminggu.  Apa maksudnya?

Tak lain tak bukan ialah untuk merayakan hari-hari tersebut.  Sementara golongan peniaga pula mencari peluang membuat duit.