Saturday, September 25, 2010

PERGI SIASAT

Tak tahu nak taruh tajuk apa lagi.  Bukan apa, pagi ni saya terpaksa pergi ke pasar besar TTDI awal untuk membeli beberapa makanan kerana ada tamu nak datang beraya sekitar pukul 3 petang nanti.  Kat pasar ini macam-macam ada, cuma harganya ada sikit mahal la.

Sebelum balik ke rumah saya ajak suami pusing kawasan projek LDP yang dinyatakan oleh blogger DDrfauziah dalam N3nya tu.  Baru perasan rupanya kawasan berkenaan tu dah hampir cerah.  Nampak lapang dan luas sekali.

Sebahagian tu dah nampak diratakan dan ada banyak batu simen.  Sebahagian lagi mereka masih membuang akar pohon pokok yang besar.

Saya tak jelas sangat jalan pintas yang dimaksudkan tu.  Yang ada jalan besar, Jalan Damansara tu.  Kemudian terus jalan dalam perumahan.  Ada dua jalan susur keluar, satu dekat jalan besar berhampiran Damansara Specialist Centre dan satu lagi kecil saja berhampiran rumah-rumah.

Mungkin yang dimaksudkan tu ialah jalan itu digunakan sebagai shortcut iaitu dengan menggunakan jalan susur keluar berhampiran rumah-rumah tu.

Kalau saya jadi penduduk dekat simpang tu pun saya mahu jalan keluar itu ditutup.  Ia begitu terdedah untuk sesiapa masuk keluar, dan senang jadi sasaran kecurian.

7 comments:

  1. salam..
    dah boleh ganti mr karam singh lah cemni. :)

    ReplyDelete
  2. Salam Sanna.
    Kah3 .. tak caya Datin ke?

    ReplyDelete
  3. buat projek apa tu? tak habis2 yer buat projek....

    ReplyDelete
  4. Aslmkm.
    :) Ini laporannya?

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah.
    La ish3 .. ddrfauziah tu memang jelas berbeza kan?

    ReplyDelete
  6. Aslmkm.
    Hehe .. saja cari keje?

    ReplyDelete
  7. Salam Sanna.
    La ish U pun pegi siasat ka? Hehehe.

    ReplyDelete