Sunday, June 19, 2011

KENAPA MESTI GODAM-GODAM

Macam-macam la manusia ni.  Gila buatan menyusahkan orang itu yang paling digemari oleh golongan manusia yang pentingkan diri saja.

Kenapa mesti godam sana sini?  Tak boleh buat kerja-kerja yang berfaedah ke?

Dalam kepala otak mereka agaknya asyik cari jalan untuk menyusahkan orang.  Mereka tak senang melihat orang senang.  Kegembiraan mereka ialah bila orang menghadapi masaalah.  Gila!

Tuesday, May 24, 2011

APA HAL PULAK?

Kenapa pula hari ini?  Sign-in tapi bila nak komen, tak keluar nama dan URL. 

Ada masaalah lagi ke?

Sunday, May 15, 2011

APA MAKSUD NAMA HARI

Sekarang dah jadi trend pula.  Ada saja nama hari diberi.  Dulu setakad hari-hari bersabit sambutan raya dan hari cuti umum saja.

Selepas itu ada hari-hari yang disambut bersabit pemujaaan dan memperingati jasa idola, tuhan-tuhan golongan serta orang tertentu.  Maka ada hari seperti Hari Kekasih/Valentine, Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Kanak-kanak.

Kemudian ada hari mengenangkan jasa sesuatu profession dan jasa khidmat.  Jadi ada la pulak Hari Pahlawan, Hari Polis, Hari Jururawat dan Hari Guru.

Lama-lama besok setiap hari ada nama lain selain dari nama-nama hari dalam seminggu.  Apa maksudnya?

Tak lain tak bukan ialah untuk merayakan hari-hari tersebut.  Sementara golongan peniaga pula mencari peluang membuat duit.

Sunday, May 1, 2011

MASAK RENDANG DAGING SIAM

Saja nak ubah-ubah selera.   Hari ini masak rendang daging orang utara dengan sedikit citarasa Siam.  Baru saja habis masak.  Beginilah rupanya.

Rendang Daging Ala Siam

Sebenarnya sama macam rendang kita juga.  Cuma dulu-dulu orang Siam di kampung saya ajar supaya taruhkan perahan air asam limau perut dan batang ketumbar.

Dengan  menambahkan dua bahan-bahan ni, ada kelainan rasa.  Memang sedap.

Saturday, April 23, 2011

KEDONDONG MUDA

Macam orang mengidam pula, makan kedondong muda dengan sos kuah rojak.  Tapi begitulah berseleranya seisi keluarga pagi ini.



Buah kedondong ini di bawa balik oleh anak buah dari kampung suaminya.  Buahnya kecil dan agak rangup.  Rasanya pun tidak masam.  Memang rasanya amat sedap.

Sunday, April 10, 2011

MAKAN MEE GORENG HANCUR

Tengahari ini anak perempuan saya yang tua masuk dapur.  Katanya, makan tengahari tanggung-beres.  Dia masak seorang diri saja.


Inilah hasil air tangannya.  Dia membuat mee goreng.  Oleh kerana telalu banyak kacau, hancur jadinya.

Walaubagaimanapun rasanya sedap.  Sekejap saja habis selesai.