Agak lama tak buat kek batik. Hari ini semua anak-beranak ada di rumah. Sibongsu pula menyebut pasal lama tak makan kek batik. Si Mak ni bersetuju jugalah.
KEK/PUDING BATIK
Sebenarnya masakan ini lebih merupakan puding. Ia menggunakan teknik memasak atas api dan kacau-kacau saja. Tapi anak-anak selalu menyebutnya sebagai kek kerana rupanya memang macam kek.
Mudah saja pun membuat kek ini. Tak menggunakan banyak bahan, tak banyak sangat kerja dan kos keseluruhan pun kiranya murah. Yang paling penting, banyak kakitangan yang menolong.
Petang semalam kiranya riuh juga bekerja di dapur. Selepas masak, terus dihidangkan. Sekejap saja selesai. Yalah, buat pun ikut ukuran satu resipi saja.
Dalam pada itu anak-anak juga kata nak makan cream puff macam aunty G selalu buat tu. Nampaknya besok ke lusa kena buat juga la.
RESIPI KEK/PUDING BATIK
Bahan-Bahannya: 1/2 kilo biskut marie (pecahkan 2 - 4)
260 gm mentega
1/2 keping besar coklat
6 sudu besar koko/milo
3/4 cawan gula
3/4 tin susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
5 biji telur (pukul sampai kembang)
1 cawan air
Caranya:
- Pukul susu dengan gula dan telur hingga kembang.
- Cairkan coklat dengan air di atas api perlahan. Campurkan koko/milo.
- Campurkan kedua campuran di atas. Masukkan esen vanila. Kacau rata.
- Masukkan mentega. Masak di atas api sederhana. Kacau selalu supaya tidak bergentel.
- Bila mula pekat, kecilkan api. Kacau lagi hingga pekat.
- Masukkan biskut marie. Kacau rata.
- Tuang ke alam bekas. Ratakan supaya biskut sekata.
- Sejukkan dulu. Bila sudah betul-betul sejuk, barulah boleh dipotong.
Salam Sanna.
ReplyDeleteIsteri saya rajin juga buat.
Saya tahu makan saja la!
Salam Sanna.
ReplyDeleteKakak saya kadang2 buat menggunakan biskut manis lain .. pun sedap .. malah lebih sedap la!
dah lama tak buat kek ni... rindula nak makn..
ReplyDeleteSalam Sanna.
ReplyDeleteBerbeza sikit jer .. sedap la!
Salam Sanna.
ReplyDeletesedap tu!
Salam kak Sanna.
ReplyDeleteMudah saja membuatnya ya.
Salam Siti.
ReplyDeleteSesekali buat memang sedap!
Aslmkm.
ReplyDeleteKalau I buat, I juga kena makan lebih!
Aslmkum, nampak cantik kek batik tu, mesti sedap. kalau buat jual ok ke :)
ReplyDelete