Selama mana pertalian itu dapat bertahan? Sepertinya, ikatan perkahwinan di antara isteri yang jauh lebih tua dengan suaminya lebih rapuh. Hubungan ini tidak dapat bertahan lama, lebih-lebih lagi jika ini berlaku di kalangan selebriti.
Semalam,sekali lagi terbukti perkahwinan seumpama ini tidak dapat bertahan. Artis Aida Radzwil memohon fasakh daripada suaminya, Joe Radzwil di mahkamah. Permohonan fasakh itu telah difailkan pada 27 April 2010.
Dalam permohonannya, Aida menyatakan beberapa alasan iaitu mendakwa suaminya gagal memberi nafkah lebih dari tiga bulan dan defendan lazim menyakiti dan menjadikan hidup plaintif menderita. Defendan didakwa berperangai keji kerana tidak mengikut hukum syarak serta wujud perbalahan berpanjangan antara mereka berdua.
Selepas 8 tahun, dia sudah mahu keluar dari ikatan perkahwinan itu. Walhal pada 3 September 2009 lepas, pasangan itu baru mengesahkan pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Mereka menikah di Yala, selatan Thailand pada 6 November 2002.
Jadi segala yang dirasakan indah bersuami muda menjadi terlalu amat perit. Orang di sekeliling sudah dapat melihat keperitan itu sebelum dia berkahwin dulu lagi.
Aslmkm.
ReplyDeleteAjal maut, jodoh pertemuan adalah ketentuan Illahi. Kita mesti redha.
Salam.
ReplyDeleteBenar sp kata kak G.