Wednesday, May 26, 2010

MATI DALAM KEJAHATAN

Setiap kejahatan yang dilakukan anak remaja pastinya berpunca dari didikan dan alam persikatarannya.  Tiada orang yang dilahirkan jahat, walaupun lahirnya itu sebagai seorang anak di luar nikah.  Seorang kanak memang bersih dan suci.  Tetapi mereka yang membawa ke dunia dan masyarakat sekeliling yang mencorakkan menjadi seperti apa.

Sungguh amat menyedihkan apabila membaca berita anak-anak remaja, muda-mudi melakukan pelbagai noda dan dosa.  Mereka bersekedudukan dan melahirkan bayi diluar nikah, dan ada yang bersifat tidak bertanggung-jawap dengan membuang bayi-bayi dari kecemaran dosa mereka.

Saya amat sedih melihat berita dalam Harian Metro hari ini.  Seorang pemuda yang berumur 20 tahun mati rentung dan terputus dua dalam percubaannya untuk mencuri kabel.  Dia diberitakan terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di bandar Muadzam Shah kelmarin.

Lihatlah keadaan mayat mangsa, dipercayai seorang penagih dadah, yang amat mengerikan.  Separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu.  Sementara sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan.

Mayat Putus Dua - Sebahagian yang Tersangkut

Orang-orang di kampung berkenaan telah menjumpai mayat ini sekitar tengah malam dan memanggil pihak bomba  untuk mendapat bantuan bagi menurunkannya.  Usaha menurunkan sebahagian tubuh mangsa itu dilakukan dengan bantuan kakitangan TNB yang memutuskan bekalan elektrik terlebih dulu.

Gara-gara semua  itu, penduduk di Felda berkenaan dan bandar Muadzam Shah itu bergelap hampir sejam sebelum bekalan disambung semula selepas kerja menurunkan mayat mangsa selesai.  Malah diberitakan juga kecurian kabel sering berlaku dan menyusahkan penduduk kerana terpaksa bergelap akibat bekalan terputus.

Bila perkara seperti berlaku banyak orang sering berkata semoga ia akan memberi pengajaran mengenai padah mencuri kabel elektrik.  Mereka melihat pada akibat dari apa yang berlaku itu saja.

Tetapi masaalah sebenarnya ialah remaja terjebak dengan kejahatan.  Apa yang harus ditangani ialah dengan terlebih dahulu mencari sebab mengapa  mereka terjebak.  Ertinya ada kesalahan dalam sistem pendidikan kita.  Sistem kita tidak kuat untuk menyokong ke arah membentuk semua remaja menjadi manusia yang berguna dan bertanggung-jawab.  Akibatnya daripada kelemahan sistem banyak remaja melakukan jenayah dan ada yang mati dalam kejahatan.

Sunday, May 23, 2010

MENGELIRUKAN

Rakyat biasa macam aku memang jadi keliru sejak akhir-akhir ini.  Semuanya kerana peruntukan undang-undang negara kita.

Agama Islam menghalalkan lelaki berkahwin sampai empat orang isteri jika berkemampuan.  Tetapi Islam mengharamkan arak dan judi.

Tetapi minggu lepas Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman kepada Bung Moktar dan isteri keduanya, Zizie Izette serta mereka yang bersubahat dengan perkahwinan yang tidak mendapat izin Mahkamah serta Pendaftar Nikah Cerai.  Nikahnya sah disisi agama Islam.

Sekarang heboh pula kerajaan telah menghalalkan judi dengan memberikan lesen judi bolasepak kepada sebuah syarikat gergasi milik jutawan Tan Sri Vincent Tan.  Kelulusan itu akan menghasilkan pendapatan ratusan juta Ringgit kepada Malaysia katanya.  Tetapi judi itu tetap haram mengikut agama Islam.

Memang mengelirukan!  Malaysia bukan sebuah negara Islam ke?  Yang jelas, dalam dua perkara ini, Malaysia telah mengubalkan undang-undang yang bercanggah dengan agama Islam.

Sunday, May 16, 2010

TERIMA KASIH GURU

Sempena Hari Guru ini, saya juga ingin untuk turut merakamkan rasa terima kasih kepada semua guru-guru saya dari sekolah rendah hinggalah tamat pelajaran saya.  Jasa guru sekelian tetap menjadi ingatan.

Kepada semua guru-guru yang sudah menabur bakti, dan sedang menabur bakti kepada anak2 bangsa, saya juga ucapkan terima kasih.  Semoga anak bangsa menjadi lebih baik.

SELAMAT
HARI GURU

Semoga segala jasa yang tulus dan ikhlas para guru-guru sekelian diberkati, amin

N.B.  Terima kasih juga kepada blogger ddrfauziah di atas tips - lihat hasilnya: saya berjaya melakukan seperti anda nasihatkan. TQVM daun keladi.  Hehehe.

Friday, May 14, 2010

JOM TENGOK THOMAS CUP

Aduh Mak ai.  Dah nak Maghrib mereka baru nak mula permainan Malaysia dengan China.  Macam mana pula boleh jadi begitu?  Yang ramai pergi ke Stadium yang Islam tu boleh tinggal tempat dan solat? 

Sepatutnya mereka yang dalam Jawatankuasa tu peka tentang perkara-perkara begini.  Jangan jadi orang Islam dan beragama Islam, tapi ikut telunjuk saja.

Apa pun, jomlah kita sama-sama memberi sokongan moral.  Astro dan TV1 ada buat siaran secara langsung.  Kita sama-samalah tengok dan beri sokonga.  Tapi bila masuk waktu. segera bersolat dulu.  Kemudian baru boleh ikut berdoa supaya Malaysia dapat maju ke peringkat akhir.

Wednesday, May 12, 2010

TIDAK LAMA BERTAHAN

Banyak pasangan suami isteri juga yang jarak usia di antara keduanya itu amat ketara sekali.  Jika suami yang jauh lebih berusia dari isteri memang sudah lumrah.  Tetapi, akhir-akhir ini semakin ramai isteri pula yang jauh lebih tua dari suami mereka.

Selama mana pertalian itu dapat bertahan?  Sepertinya, ikatan perkahwinan di antara isteri yang jauh lebih tua dengan suaminya lebih rapuh.  Hubungan ini tidak dapat bertahan lama, lebih-lebih lagi jika ini berlaku di kalangan selebriti.

Semalam,sekali lagi terbukti perkahwinan seumpama ini tidak dapat bertahan.  Artis Aida Radzwil memohon fasakh daripada suaminya, Joe Radzwil di mahkamah.  Permohonan fasakh itu telah difailkan pada 27 April 2010.

Dalam permohonannya, Aida menyatakan beberapa alasan iaitu mendakwa suaminya gagal memberi nafkah lebih dari tiga bulan dan defendan lazim menyakiti dan menjadikan hidup plaintif menderita.  Defendan didakwa berperangai keji kerana tidak mengikut hukum syarak serta wujud perbalahan berpanjangan antara mereka berdua.

Selepas 8 tahun, dia sudah mahu keluar dari ikatan perkahwinan itu.  Walhal pada 3 September 2009 lepas, pasangan itu baru mengesahkan pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.  Mereka menikah di Yala, selatan Thailand pada 6 November 2002.

Jadi segala yang dirasakan indah bersuami muda menjadi terlalu amat perit.  Orang di sekeliling sudah dapat melihat keperitan itu sebelum dia berkahwin dulu lagi.

Thursday, May 6, 2010

TINDAKAN KEJAM SUAMI

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan insiden suami-suami bertindak ganas dan kejam terhadap isteri-isteri mereka.  Selepas peristiwa satu demi satu kes bayi dibuang, kini ada kes satu demi satu pula suami melakukan tindakan kejam.

Semalam kita mendengar berita bagaimana seorang wanita patah kaki kerana dipijak suaminya dengan but, disamping dibelasah hingga cedera parah.  Katanya suami terbabit mengesyaki isterinya mahu menuntut cerai kerana menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.  Suami berkenaan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sebelum ini ada kejadian keganasan rumah tangga kes jenayah juga di mana seorang jururawat berusia 40 tahun parah apabila kemaluannya ditoreh dengan pisau oleh suaminya.  Suspek dikatakan bertindak sedemikian gara-gara mendengar bisikan suara halus yang mengatakan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Pada minggu lalu, seorang isteri maut selepas dibelasah suaminya yang tiba-tiba menyerang mangsa.  Difahamkan, mangsa menemui ajal akibat kepalanya dihentak, selain perut, dada dan paha dipijak suaminya yang mendapat tahu kononnya mangsa berbual dengan lelaki lain menerusi telefon bimbit.

Betapa senangnya suami menghukum isteri mereka, tanpa membuat siasatan dan pertimbangan yang rasional.  Peristiwa begini menyedihkan dan menyeramkan sekali.

Betul panduan agama supaya kita memilih suami mengikut ciri iman dan pengetahuan agama.  Orang-orang tua pun selalu menasihatkan supaya kita menilai dengan bijaksana dan tidak hanya mengikut kata hati.

Monday, May 3, 2010

TAKUT H1N1

Akhir-akhir ini dah wabak selsema sebab hujan dan panas terik silih berganti.  Saya dan suami pun alah juga.  Dah tiga hari, belum juga baik betul.  Jadi orang pergi bercuti, kami duduk di rumah saja.

Pagi Ahad terpaksa juga pergi ke klinik swasta.  Biasa la klinik swasta, bayaran perkhidmatannya amat mahal.  Tapi suami kata kena pergi jugalah sebab biasanya kalau hari Isnin macam hari ini, hospital dan klinik gomen terlalu ramai orangnya.

Takut juga dengan virus H1N1 tu sebab dah dengar Rashid Sidek anak beranak terkena wabak ini.  Bila bertanya, kata doktor mereka tidak ada bekalan dan nasihatkan kami supaya pergi mendapatkannya di hospital gomen juga.

Jadi hari ini tadi, kami pergi jugalah ke poliklinik di Kelana Jaya tu.  Ramai betul orang, dah la terdedah dengan pelbagai ancaman penyakit lain pula. :((