Sekarang dah jadi trend pula. Ada saja nama hari diberi. Dulu setakad hari-hari bersabit sambutan raya dan hari cuti umum saja.
Selepas itu ada hari-hari yang disambut bersabit pemujaaan dan memperingati jasa idola, tuhan-tuhan golongan serta orang tertentu. Maka ada hari seperti Hari Kekasih/Valentine, Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Kanak-kanak.
Kemudian ada hari mengenangkan jasa sesuatu profession dan jasa khidmat. Jadi ada la pulak Hari Pahlawan, Hari Polis, Hari Jururawat dan Hari Guru.
Lama-lama besok setiap hari ada nama lain selain dari nama-nama hari dalam seminggu. Apa maksudnya?
Tak lain tak bukan ialah untuk merayakan hari-hari tersebut. Sementara golongan peniaga pula mencari peluang membuat duit.