Tuesday, November 1, 2011

REHAT SEMENTARA SELEPAS RAYA

Minat dan mood sudah begitu menurun.  Memang rasa sudah malas betul.

Jadi nak rehat sementara.  Sementelah sudah masuk bulan Haji, nak ucap selamat juga la.

*شلآمت هاري راي عيدالطها*
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Monday, October 10, 2011

DIET SIHAT

Baru saja balik dari jumpa doktor.  Dia nasihatkan supaya tidak menjaga makanan dan minuman kerana sudah melepasi garisan berjaga-jaga.  Darah naik dan kolestrol juga sudah melebihi tahap sihat katanya.

Jadi mahu tak mahu, kena jaga pemakanan.  Sekejap tadi makanan roti dengan serunding dan juga segelas bijirin saja.

Bila berumur beginilah jadinya.  Semua sudah sensitif - kesihatan seinsitif dan perasaan pun sensitif!

Friday, September 30, 2011

KENDURI BERSAMBUNG TERUS

Sejak dari Hari Raya Kedua Aidilfitri kelmarin setiap hujung minggu memang ada kenduri. Macam-macam kenduri ada.

Ada orang hanya buat rumah terbuka, ada yang satukan dengan majlis pertunangan dan pernikahan dan ada juga  kenduri kahwin. Sejak dua minggu lepas juga ada kenduri doa selamat untuk pergi mengerjakan haji pula.

Sudah banyak pula undangan yang bertembung hari. Kenduri-kenduri ini bersambung terus saja.  Pendeknya sana sini ada kenduri dan kenduri lagi.

Tinggilah budget untuk nak menghulurkan kepada tuan kenduri. Samaada dalam bentuk hadiah atau wang tunai, sekurang-kurangnya RM50 juga setiap satu. Sakit juga rasanya dengan begitu banyak kenduri.

Wednesday, August 31, 2011

HARI RAYA AIDILFITRI

Sempena hari yang mulia ini saya ingin merakamkan ucapan Hari Raya kepada semua bloggers.  Maaf zahir dan batin.
*شلآمت هاري راي عيدالفطري*
*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI*

Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERPUASA

SELAMAT SEMARAKKAN
RAMADAN AL MUBARAK
TAHUN 1432 HIJRAH

Semoga kita semua diberkati dengan umur yang panjang, kesihatan dan kekuatan.  Semoga amalan kita diterima.  Amin, amin, amin.

Monday, July 4, 2011

MALAS PULA RASA

Sekarang dah datang mood malas.  Memang rasa malas nak buat update ke apa-apa.

Nampak gayanya rakan blogger pun malas singgah lagi.  Ya la juga.  Tak ada apa baru nak dibaca.

Buat sementara dalam mood ini, mungkin jenjalan blog kegemaran dan baca saja la.