Saturday, November 27, 2010

CUTI SEKOLAH SUDAH SINONIM DENGAN KENDURI DAN TAMU

Minggu ini sudah kita orang sudah ada   tetamu di rumah.  Mereka sampai lewat malam tadi untuk hadir ke majlis kenduri kahwin di rumah salah seorang saudara yang tinggal di Lembah Kelang ini.  Kali ini mereka mengambil keputusan untuk bercuti di rumah kami.

Itu la ya.  Memang cuti sekolah ini sinonim dengan kenduri.

Bagi yang duduk di KL dan PJ, ia juga sinonim dengan tetamu bertandang ke rumah dengan jumlah yang ramai dan kekerapan yang agak tinggi.  Kekadang yang datang tu membawa anak serta cucu yang sukar dikawal.

Apa nak dikatakan?  Bukan saja tenaga kena mantap, budget pun kena ada juga.

Sering juga kedengaran di antara warga di sini mengeluh!  Malah ada yang mencari akal mengelak dari didatangi ramai sanak saudara di musim cuti begini! 

Wednesday, November 17, 2010

UCAPAN HARI RAYA

Hari ini kita umat Islam dilimpahkan rahmat untuk dapat menyambut Hari Raya Haji sekali lagi. Semoga kita sentiasa terus diberkati dengan umur yang panjang, rezeki yang halal dan melimpah ruah serta kebahagiaan dunia akhirat. Amin.

SELAMAT HARI RAYA

AIDIL ADHA 1431H

Maaf Zahir Dan Batin

Saturday, November 13, 2010

RUTIN MENCUCI RUMAH

Asyik duk sibuk pasal lain baru la terperasan yang Hari Raya Korban hanya beberapa hari saja lagi.  Saya rasa macam saya hidup dalam dunia sendiri pula!

Hari ini kena pergi cari barang dan bahan untuk buat juadah hari raya nanti.  Sekurang-kurangnya nak ada juga juadah raya seperti satu dua jenis biskut, lemang/ketupat dan rendang.

Kata suami nasib baik teringat juga beberapa hari sebelum tiba hari berkenaan.  Ada la masa untuk mencuci dan membersih rumah.  Nampaknya hari dan esok mesti manafaatkan anak-anak dan suami untuk turut membantu! :)

Thursday, November 4, 2010

BANJIR BAH REZEKI MENCURAH

Kini di utara tanah air iaitu di Perlis dan Kedah serta di pantai timur, hujan yang melanda sudah membawa bencana.  Sana sini banjir.  Kata orang, "Ayaq Bah Sakan!"

Kabarnya puluhan ribu sudah dipindahkan ke tempat-tempat yang lebih selamat.  Namun rasion makanan masih tidak dapat dibahagikan secara teratur dan saksama.

Nampaknya perkara yang sama tetap berulang.  Saya dengar dari saudara bahawa apa yang berlaku ketika musibah banjir besar pada tahun 2005 dulu berulang kembali.  Banyak bekalan-bekalan makanan disonglap oleh petugas-petugas yang dipertanggung-jawapkan menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir itu sendiri.  Mangsa menjadi saksi mata kepada kejadian.

Seperti manjadi budaya dalam mekanisme pentadbiran sekarang pula.  Banyak orang mengaut keuntungan dari penderitaan orang lain.  Mereka sudah hilang pertimbangan.  Jika sudah contoh di atasnya makan sakan, di bawah pun mahu habuan semaksima boleh.  Walaupun dari sekecil-kecil peruntukan hinggalah kepada sebesar-besarnya!

Mereka tidak takut dengan pembalasan Tuhan.  Musibah yang menimpa tidak dijadikan iktibar.  Malah mereka menganggapnya seperti anugerah pulak!  SEDIH SUNGGUH!