Friday, August 27, 2010

HARI CUTI NUZUL AL QURAN

Sudah menjadi tradisi setiap tahun.  Orang-orang Selangor cuti pada 17 Ramadhan kerana Nuzul Al Quran.  Pada hari ini ramai warga Selangor akan ke Kuala Lumpur untuk shopping.  Penuh sesak Kuala Lumpur dibuatnya.

Saya pun ni nak turun ke Kuala Lumpur juga.  Tengah menunggu kawan datang jemput.  Kata orang macam tak ada hari lain.  Tapi itulah penangannya.

Monday, August 23, 2010

SUDAH MASUK HARI KE 13

Hari ini sudah masuk hari ke 13 kita umat Islam menunaikan ibadah puasa Ramdhan.  Sekejap saja rasanya.  Masa berlalu tak begitu terasa.

Namun begitu kita baru hampir separuh jalan.  Begitu banyak ganjaran pahala serta kebajikan yang perlu kita kejar.  Minggu dan hari mendatang akan membawa malam Lailatul Qadar yang dijanjikan kebaikan 1000 bulan.

Semoga kita bertuah dipertemukan dengan hari itu.

Marilah kita sama-sama melipat gandakan amal kebajikan.  Sama ada kita sedar tentang malam yang teristimewa atau pun tidak, jika kita terus melakukan yang terbaik sedaya mungkin, kita pasti mendapat ganjarannya.

Saturday, August 21, 2010

SEMANGAT RAMADHAN

Semoga hendaknya di bulan Ramadhan yang mulia ini saudara sesama Muslimin dan Muslimat sekelian akan sentiasa gembira, sihat, aman dan mendapat rezeki yang murah.  Kita tidak mahu sesama Islam terus bercakaran dan saling ungkit mengungkit dan salah menyalahkan.

Hati kita mesti disucikan dari bulan yang mulia ini.  Biar kita dapat saling memaafkan.  Jangan menunggu hingga Syawal.  Umat Islam akan lebih dihormati jika kita dapat bersatu.  Malah kita boleh menjadi kuat dan kukuh.

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK


Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.
Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini, saya turut mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.  Semoga semuanya dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk mendapat keberkatan menyempurnakan segala kewajipan dengan baik.

Friday, August 6, 2010

SALAM HARI JUMAAT
SEMOGA CERIA DAN BAHAGIA


Dekat-dekat nak puasa ni tekak dah berselera nak makan macam-macam.  Pagi-pagi ini saya teringat nak makan durian dengan pulut.  Tetapi yang ada kat rumah cuma durian saja.

Apa nak dibuatkan.  Jadi kopek jugalah durian.  Sudah tak ada pulut, saya makan saja dengan roti.  Boleh tahan juga sedpanya.  Macam mana cara makan pun tetap sedap. :)

Wednesday, August 4, 2010

HI-TEA

Dekat-dekat puasa ramai orang sudah mula makan siang dan malam lebih.  Seolah macam nanti tak makan sebulan pula.

Nak menunggu hari minggu dah tinggal sekali saja sebelum bulan Ramadan bermula minggu depan.  Jadi orang buat majlis makan-makan dengan kumpulan kecil sendiri di hotel dan restaurant tertentu.  Banyak orang pergi hi-tea di hotel 3 atau 4 bintang.

Semalam saya pun ikut juga kawan-kawan pergi hi-tea.  Hotel tak banyak menyediakan makanan-makanan berat.  Kebanyakan lebih merupakan makanan manisan seperti di dalam gambar ini.


Mungkin juga kerana harganya agak murah iaitu RM 30 seorang.  Yalah, kalau di hotel secawan teh atau kopi sudah RM 6 - 8 dan sepinggan makanan berat seperti mee goreng pun sudah RM 20 -30.

Apapun seronok jugalah makan bersama kawan-kawan yang sudah lama tidak bertemu.