Wednesday, June 30, 2010

SALAH SIAPA?

Saya membaca berita tentang seorang suami yang takut isteri dan anaknya murtad dan beralih agama.  Kata si suami dia rela berkorban apa saja bagi memulih dan mengembalikan isteri ke pangkuannya.  Dia percaya isteri dan anaknya ikut bersama keluarga mertua telah pergi ke Australia kerana mempunyai taraf penduduk tetap.

Apa yang patut difahami juga ialah beliau ada mengatakan bahawa isterinya memeluk agama Islam selepas dua tahun mereka mendirikan rumahtangga.  Maksudnya, pernikahannya itu sendiri memang tidah sah kerana isterinya bukan seorang Islam ketika mereka berkahwin.

Tidak hairanlah perkara seperti ini boleh berlaku.  Si suami sendiri keliru dengan hukum Islam.  Bagaimana mungkin pula isteri dan anak-anak akan dapat menghayati Islam.

Tentu lebih baik jika pejabat agama mengambil tahu dan siasat perkara ini.  Tidak guna jika suami yang takutkan isteri dan anaknya murtad dan beralih agama.  Apakah keadaan dirinya sendiri sebenarnya, adakah dia seorang yang sudah terpesong Islamnya.

Islam bukan hanya pada nama, bukan hanya kerana dia seorang Melayu.  Tetapi Islam itu adalah cara hidup dan pegangannya seharian yang wajip disempurnakan mengikut syariat Islam.

Persoalan sebeginilah yang membuat orang ramai turut jadi keliru tentang orang Islam.  Walhal orang berkenaan sudah tidak mengamalkan rukun Islam.  Salah siapa?

Monday, June 28, 2010

FARA FAUZANA TAK KISAH KAWIN

Saya berkenan warga Hot FM Fara Fauzana ini.  Sudah banyak kali juga saya melihatnya dari jarak dekat, paling dekat rasanya semasa majlis persandingan rakan sejawatnya Kartini di Dewan Felda Perdana.




Portrait di atas ialah wajah-wajahnya selepas di make-up untuk sessi foto shoot.  Saya rasa Fara lebih ayu berwajah natural.

Sebenarnya saya tertarik dengan responnya dalam wawancara dengan wartawan sepertimana yang disiarkan di akhbar tempatan.  Dalam usianya mencecah 30 tahun Fara masih tidak kisahkan statusnya yang masih belum kahwin itu.  Malah jadual hariannya penuh dan padat dengan jadual kerja.

Harap-harap Fara tidak terus termasuk ke dalam golongan wanita berkerjaya yang berjaya tetapi terus hidup membujang seperti rakan seniornya di Era dulu iaitu Kudsia Kahar.  Sayang juga kan?  Tambahan pula berkahwin itu dituntut di dalam Islam.

Jika lelaki takut kepadanya kerana kejayaannya, mungkin Fara saja mencari lelaki yang sesuai untuknya.   Sekiranya benar dia tidak cerewet dalam hal mencari pasangan hidup, saya yakin ada calon yang sesuai dan mahu serta baik untuknya.

Wednesday, June 23, 2010

TIDAK MUDAH

Saya rasa susah pula untuk mendapat rakan bloggers.  Mungkin saya kurang menarik dan paparan saya saya tidak menarik.  Sedih juga rasa hati.

Agaknya tidak ramai golongan sebaya saya yang berblogging.  Saya perhatikan begitu banyak anak-anak muda yang menjadi bloggers.  Ya la cerita anak remaja bermacam-macam.

Apapun saya teruskan saja berblogging.  Semoga mendapat ramai kawan juga nanti.

Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA

SELAMAT
HARI BAPA

Saya mengucapkan ucapan ini kepada seluruh warga bapa di seluruh Malaysia dan juga seantero dunia.  Semoga terus bahagia bersama keluarga masing-msing.

Sempena  sambutan Hari Bapa hari ini, saya nak buat makan-makan untuk seisi keluarga.  Banyak bapa-bapa ada kerana saya dan suami cuma dikurniakan anak-anak lelaki.  Semua pun sudah berkahwin dan menjadi bapa-bapa juga.

Monday, June 14, 2010

TUKAR FESYEN JER

Saya pun jadi ikutan menukar wajah dan fesyen.  Pening kepala juga dibuatnya.  Buat sementara biarlah fesyen dan rupa ini dulu.

Banyak sangat yang nak dilakukan.  Hendakkan kombinasi yang sesuai satu hal pulak lagi.  Sudah dua jam lebih saya duduk buat.  Inilah hasilnya.  Semua dah bising kerana ada jamuan petang di rumah saudara.

Sekiranya sudi, beri sedikit komen dan pandangan.  Boleh juga dijadikan panduan. Terima kasih ya! :)

Thursday, June 10, 2010

DEMAM BOLA

Demam bolasepak Piala Dunia 2010 sudah pun bermula.  Memang terlalu ramai orang yang gila bolasepak peringkat dunia ini.  Bapa dan anak-anak lelaki akan berebut TV dengan ibu dan anak-anak perempuan.  Kemudian mereka akan berjaga malam membawa ke pagi.

Saya memang jenis yang tak tahu langsung nak menikmati bolasepak ni.  Sebulan musim bolasepak ini akan dirasakan sebagai begitu lambat sekali nak habis.

Jelaslah saya tak ikut demam bola.  Tapi saya akan jadi bengang dengan gelagat ahli keluarga yang ikut demam bola.

Apa tidaknya?  Mereka lepak-lepak baring dan duduk malas-malas sambil makan dan minum pelbagai snek.  Esoknya habis bersepah-sepah seluruh ruang TV tu.  Gerammmmm!!!

Saturday, June 5, 2010

ISRAEL MEMANG TAK MAKAN SAMAN

Dalam dunia berpekik melolong marahkan kekejaman yang dilakukan oleh regim zionis, Israel seperti orang yang tiada perasaan, malah mereka seperti ciptaan elektronik robot.  Mereka terus degil mahu menyekat satu-satunya kapal yang masih tinggal dalam misi 'Keamanan Flotilla' yang sedang menuju ke gaza.

Apa punya spesies manusia mereka ini?  Langsung tidak sensitif dan tidak peduli apa orang seluruh dunia kata.

Malah Washington sendiri sudah memberitahu status peserta misi ke Gaza kepada Israel ini.  Jurucakap Setiausaha Negara Amerika, Hilary Clinton, telah mendedahkan bahawa mereka telah beberapa kali berbincang dengan kerajaan Israel dan sudah memberi amaran kepada Israel bahawa konvoi misi bantuan Gaza hanya membawa aktivis dan bekalan kemanusiaan.

Tetapi mereka tetap melakukan serangan terhadap kapal Mavi Marmara.  Bermakna, walau nasihat Washington sekalipun, rejim zionis itu tidak peduli.  Israel memang tak makan saman!!!

Thursday, June 3, 2010

ISRAEL TERTEKAN AKHIRNYA

Setelah kekejaman mereka terserlah keseluruh dunia, Israel akhirnya tertekan dan terpaksa mengambil langkah untuk menunjukkan mereka bersikap berperikemanusiaan.  Tak pernah sebelum ini mereka berlembut dan beralah kepada tekanan luar.

Ada baiknya juga apa yang berlaku.  Sekurang-kurangnya ia memberi tekanan yang begitu hebat hingga regim yang kejam ini terpaksa berlembut.  Alhamdulillah banyak tahanan sudah dibebaskan dan mereka juga berjanji akan melepaskan semua tahanan yang membuktikan mereka tidak bermaksud membahayakan Israel.

Satu lagi hikmahnya ialah Arab turut berlembut dengan membuka sekatan sempadan yang mereka tutup selama ini.  Jadi saluran bantuan boleh segera dimajukan kepada Palestin.